KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


 

Masyarakat yang terdiri dari pelbagai bangsa dan juga negara telah diwujudkan diatas kepercayaan yang kukuh kepada tuhan .Melalui kepercayaan beragama inilah akanmenjadikan bangsa dan negara yang berdaulat.Ini diantara resipi kejayaan Negara dalammenyatupadukan rakyat.Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggotamasyarakat terhadap ajaran agama masing-masing maka prinsip ini telah dipilih olehJawatankuasa Penggubal Rukun Negara sebagai prinsip yang pertama dalam Rukun Negara.

Kepercayaan kepada tuhan merupakan salah satu dari lima prinsip rukun negara.Secara umumnya kepercayaan itu bermaksud akuan akan benarnya terhadapsesuatu perkara .Biasanya,seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkaraitu akan disertai oleh perasaan ’pasti’ atau kepastian terhadap perkara yang berkenaan.Dari sudut psikologi pula kepercayaan adalah sesuatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap kedudukan memihak.

Dalam konteks agama pula kepercayaan itu merujuk  pada Akidah dan Iman seseorang individu tersebut.Kepercayaan juga sebagai batu asasdalam pembetukan moral seseorang individu. Adapun kepercayaan itu dikatakan berkaitan dengan sikap memihak,kerana ia sentiasanya melibatkan penekanan, penuntutan dan jangkaan daripada seorang individu mengenai kebenaransesuatu.Kebenaran yang dituntut itu mungkin sahih,dan mungkin palsu secaraobjektif,tetapi bagi individu yang berkenaan ia adalah sahih.Manakala maksud tuhan ialah sesuatu(seperti dewa dan sebagainya)yang dipuja oleh golongan manusia yangagama atau kepercayan mereka tidak berasaskan kepercayaan mereka tidak berasaskankepada Tuhan Yang Esa. 

Secara keseluruhannya definisi kepercayaan kepada tuhan ialah keyakinan wujudnya tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing.Dalam erti kata yang lain ialah setiapkaum di Malaysia tidak terikat pada satu agama sahaja malahan mereka bebasmengamalkan kepercayaan atau anutan agama masing-masing.Masyakat di Malaysia turut dikenali sebagai masyarakat majmuk yang membawamaksud masyarakat yang terdiri dari berbilang kaum seperti India, Cina, Melayu ,Serani,Kadazan, Bidayuh dan sebagainya.Masyarakat ini juga mempunyai kepercayaan atauagama masing-masing. Antaranya islam, hindu, kristian dan sebagainya .

No comments:

Post a Comment

RUKUN NEGARA

  Rukun Negara Jawi: ‏روکون نݢارا‎‎ ialah sebuah ideologi yang telah menjadi teras panduan dan gagasan kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentu...