PENDAHULUAN

 Rukun Negara

  Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV. Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berpegang teguh terhadap Rukun Negara. Setahun selepas kejadian tragedi 13 Mei, kerajaan telah mencari satu formula bagi mengatasi masalah pergaduhan kaum supaya kejadian tersebut tidak berulang lagi.Setelah berbincang serta mengkaji sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perundangan Negara telah merumuskan bahawa satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu diwujudkan di negara ini.

Berasaskan keputusan tersebut, maka lahirlah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhhum Sultan Zainal Abidin Yang di-Pertuan Agong IV pada 31 Ogos 1970 sempenna ulang-tahun ke-13 kemerdekaan negara.

Kemudian, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan yang bertujuan untuk mengembalikan semula keamanan antara kaum di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

RUKUN NEGARA

  Rukun Negara Jawi: ‏روکون نݢارا‎‎ ialah sebuah ideologi yang telah menjadi teras panduan dan gagasan kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentu...